Monday, October 24, 2016

Dahsyatnya Surah Al Ikhlas

Tazkirah 08.
DAHSYATNYA SURAT AL-IKHLAS...
Rasulullah SAW pada suatu ketika bersabda,
”Demi Allah yang jiwa ku didalam genggaman-Nya, sesungguhnya
QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s,
LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s".
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah
bersabda,
"Ketika aku isra’ ke langit,
aku melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000, dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka,
”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun perempuan".
Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surah Al-Ikhlas. Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.
Rasulullah S.A.W bersabda,
"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga".
(HR Qurthuby).
SubhanAllah.... Semoga kita dapat mengamalkannya setiap waktu.

Ujub

Tazkirah 07.
 *'UJUB @ عجب*
==================
'UJUB ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
Perasaan 'UJUB boleh datang pada bila-bila masa.
• Orang yang rajin ibadah merasa kagum
dengan ibadahnya.
•. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
•. Orang yang cantik, kagum dengan
kecantikannya.
•. Orang yang dermawan, kagum dengan
kebaikannya.
•. Orang yang berdakwah, kagum dengan
dakwahnya.
Sufyan at-Tsauri mengatakan:
_"Ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat."_
Muthrif rahimahullah telah berkata:
_“Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”_
Seorang Sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi Imam. Setelah selesai beliau berkata:
_“Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi Imam sampai bila-bila.”_
Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda:
_"Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”_ (HR Bukhari dan Muslim)
_"Ada 3 hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”_ (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)
Imam Nawawi rahimahullah berkata:
_"Ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit : 'Ujub. Sesiapa 'ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya."_ (Syarh Arba’in)
___________________________
_(P/s: Peringatan utk diri sendiri & mereka yg ingin mengambil manfaat..)_
Sebar....dan amalkan...
InshaAllah...

Rezeki Tahu Di Mana Diri Kita

Tazkirah 06.
REZEKI TAHU DI MANA DIRI KITA
Mungkin kita tak tahu dimana rezeki kita....
Tapi rezeki tahu dimana diri kita...
Dari lautan biru, bumi dan gunung..
Allah memerintahkannya menuju pada kita....
Allah menjamin rezeki kita sejak 4 bulan 10 hari dalam kandungan ibu kita...
Amatlah keliru bila rezeki dimaknai dari hasil bekerja..
Kerana bekerja adalah ibadah..sedang rezeki itu urusanNya.
Melalaikan kebenaran demi mengkhawatirkan apa yang dijamin-Nya adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji..
Yang mungkin esok akan ditinggal mati..
Mereka lupa bahwa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka..
Tapi apa yang telah dinikmatinya..
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita..
Allah menaruh sekehendak-Nya..
Diulang bolak balik 7x Shafa dan Marwa, tapi zamzam justru muncul dari kaki bayinya..
Ikhtiyar itu perbuatan..
Rezeki itu kejutan..
Dan jangan lupa..
Tiap hakikat rezeki akan ditanya..
"Darimana dan untuk apa?"
Kerana rezeki adalah "hak pakai"
Halalnya dihisab..
Haramnya diadzab..
Maka, jangan kau iri pada rezeki orang lain...
Bila kau iri pada rezekinya, kau juga harus iri pada takdir matinya.
Kerana Allah memberi rezeki, jodoh dan usia ummat-Nya..
Tanpa bisa tertukar satu dan lainnya..
Jadi bertawakkal lah, redho dengan ketentuan Allah, sehingga apapun itu engkau akan merasa cukup dan penuh kenikmatan.
🍁🍁🍃🍃🍁🍁🍃🍃

Berkongsi Ilmu

Tazkirah 05.
Menyembunyikan Ilmu
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa ditanya mengenai suatu ilmu dan ia menyembunyikannya, maka ia akan dipukul dengan pukulan dari api neraka pada hari kiamat." (Abu Daud No: 3173) Status: Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Ilmu bermanfaat yang ada pada seorang mukmin sama ada ilmu agama atau ilmu keduniaan, perlu disebarkan atau disampaikan untuk manfaat orang lain.
2. Ilmu bermanfaat yang diajar kepada orang lain akan menjadi bekalan pahala berterusan selepas seseorang itu meninggal dunia
3. Mereka yang enggan menyampaikan ilmu serta menyembunyikan ilmu dengan tidak menyampaikan kepada orang lain akan dihukum di akhirat nanti
Ayuh bersifat RAHMAH dengan menyampaikan ilmu agama dan ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunia.
Semoga ilmu yang disampai, akan menjadikan orang lain lebih baik dan menjadi saham pahala berterusan buat kita.

Suami Pintu Syurga Di Rumah.

Tazkirah 04.
*```SUAMI, PINTU SYURGA DI RUMAH.```*
*Isteri,* memiliki pintu syurga di rumahnya. Pintu itu boleh mengantar dia ke syurga atau melemparkannya menuju ke *neraka.* Pintu itu hanya satu, *SUAMI.*
Isteri yang TAAT kepada suaminya, kelak memiliki kedudukan seperti lelaki yang mati syahid dalam peperangan di jalan Allah.
Setiap isteri melayani suaminya, maka perbuatannya akan meninggikan darjatnya di sisi Allah.
Amal ibadah yang paling utama bagi seorang isteri adalah melayani suami dan anak²nya.
Lebih utama dari ibadah sunnah apa pun.Sebab itu amat rugi sekali wanita yang sibuk dengan zikir, tetapi suaminya terlantar tak dipikir.
Sibuk dengan al-Quran tapi suaminya tak pernah disediakan makan.
Sibuk dengan majlis maulud, tapi dengan suaminya selalu perang mulut.
Berdebat, bicara kasar, menipu, berbohong, nusus, menyakitinya, memandangnya dengan pandangan rendah, meninggikan suara …..
Wahai para isteri …..
Tiada guna solatmu
Tiada guna majlis yang kau hadiri
Tiada guna puasamu
Tiada guna zikirmu
Tiada guna hajimu
Tiada guna bacaan al-Quranmu
Tiada guna sedekahmu
Sebelum kau meminta maaf kepada suamimu.
Jangan sakiti dia, walaupun terkadang dia memiliki kelemahan di sana-sini.
Nabi telah menjelaskan, wanita yang menjadikan wajah suaminya berubah, maka tak akan diterima solatnya walau sejengkal.
Dalam riwayat, wanita yang tidak mahu melayani suaminya di malam hari, dilaknat malaikat hingga pagi hari.
Selagi ada kesempatan, berubahlah sikap menjadi baik.
Selagi ada kesempatan minta maaflah.
Jadilah isteri yang baik, Jika memang yang kau tuju syurga,
Itulah jalannya.
Carilah ridha suamimu, Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari perbuatan yang boleh mendatangkan murka-Nya. Baik yang kita sadari atau tidak kita sadari.
_Dalam hadist juga diketemukan, “Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya. Sesungguhnya suamimu adalah syurga dan nerakamu.” (HR. Ahmad)._

Pengorbanan Ibubapa

Tazkirah 03.
RUMAH ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..
Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa
Makan apa sahaja...
Tengok siaran tv ikut suka...
Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...
Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....
Tak boleh masak sesuka hati...
Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....
Buat apa sahaja ikut suka....
Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..
Begitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....
Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....
Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.
Kalau rosak semua ibubapa tanggung..
Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....
Apatah lg dgn sesuka hati.
Takut rosak lah...
Takut langgar lah...
Takut calar lah.....
Kalau guna pun...
Pastikan minyak penuh semula.....
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....
Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....
Tetapi anak-anak...
Belum tentu mengasihi ibubapa....
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....
Mereka ada masa utk membetulkan motor kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...
Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...
Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...
Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...
Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..
Tetapi...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...
Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...
Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...
Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa...
Mudah2an kita tergolong sebagai anak-anak yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.. Insyallah..
KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK
» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.
Tetapi
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Bila mereka kecewa kita buat x nampak...😭😭😭
Kita x tanya sebab apa mereka murung..
Kita buat2 tiada apa berlaku pun...
Itulah kita anak-anak yang lupa kasih sayang mereka....
Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka siapalah kita.
Doakan ibu bapa sama ada yg masih hidup @ meninggal dunia .. jangan abai mereka kerana suatu hari kita pun akan menjadi tua jua..
Mak ayah tak di jual di tepi jalan......sayangilah mereka..
Sebelum Allah jemput mereka kembali ..
Siapa kita ketika itu nanti...😌

Sunday, October 23, 2016

Kemurahan Allah

Tazkirah 02.
KEMURAHAN ALLAH
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Beza 2 Rakaat Manusia Dengan Jibrail

Tazkirah 01.
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap, yang panjang sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....